RUANGAN IKLAN
WAKTU URUSNIAGA
Setiap Hari & Cuti Umum
Proses Frame
Anda tetamu ke:
Web Site Visitor Counters
 
 
 
 
  Proses Frame Hiasan Kaligrafi Islam  
 
Konsep utama ukiran kaca ini adalah gabungan antara dua element iaitu ukiran kaligrafi Islam di atas cermin dan lukisan abstrak (3D painting) yang unik untuk latar belakang. Terdapat pelbagai corak ukiran dan lukisan yang disediakan untuk kesesuaian pelbagai citarasa. Keunikkan produk ini adalah kehalusan ukiran di atas kaca dan juga latar belakangnya di cat di atas cermin di bahagian belakangnya dengan menggunakan lebih kurang 20 jenis warna. Setiap ukiran di dalam hiasan dinding ini akan melalui beberapa peringkat pemeriksaan secara terperinci sehingga menghasilkan kehalusan seni yang berkualiti. Bagi menghasilkan sebuah produk yang berkualiti, kami menggunakan cat emas 2K untuk ukiran dan setiap lukisan latar belakang yang dihasilkan adalah menggunakan 20 jenis warna yang berkualiti digabungkan dengan warna forense.
  • 100% Ukiran diatas kaca
  • Seni motif Melayu
  • Warna latar belakang dicat pada cermin
Proses Membuat Frame Kaligrafi

Langkah 1.
Pertamanya, kami membuat design seni khat di atas kertas. Setelah kami menyiapkan design di atas kertas, seni khat itu akan di imbas (scan) untuk dijadikan dalam format komputer. Dari sini, kami akan membetulkan dan manghalusi hasil tulisan khat tadi supaya lebih kemas dan lebih berkualiti. Kemudian, kami akan membuat template dari design tadi ke atas pelekat (sticker) khas manggunakan mesin khas untuk memotong "sticker" supaya proses mem"blasting" dapat dilakukan. Kami menggunakan mesin memotong pelekat (sticker) khas yang mencecah puluhan ribu ringgit supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Setelah pelekat (sticker) siap dipotong mengikut design khat, ia akan ditampal keatas kaca dan dibuang bahangian yang ingin di ukir menggunakan mesin "sand blasting". Mesin ini digunakan untuk menebuk permukaan kaca.

Langkah 2.
Setelah kaca yang telah dilekatkan tadi kering, ia akan dimasukkan dengan teliti kedalam mesin "sand blasting" untuk diukir mengikut corak dan bentuk pada pelekat (sticker). Langkah ini adalah sangat penting bagi memastikan kekemasan ukiran dan kedalaman ukiran supaya sekata. Mesin "sand blasting" ini hanya boleh dikendalikan oleh pekerja yang pakar supaya kekemasan ukiran di atas kaca ini tampak lebih sekata dan sempurna. Mesin "sand blasting" ini berharga mencecah ratusan ribu ringgit dan kami amat berbangga kerana menjadi satu- satunya syarikat bumiputra yang berupaya memiliki dan mengendalikan mesin berteknologi ini setanding dengan peniaga bukan bumiputera.

Langkah 3.
Langkah seterusnya adalah mengecat ukiran tersebut dengan menggunakan cat warna emas yang berkualiti 2K untuk menyerlahkan lagi ukiran yang telah dibuat. Ia akan dikeringkan dan dicat sebanyak 3 lapisan bagi memastikan ukiran di atas kaca itu berkualiti dan tidak akan pudar warnanya. Setelah proses ini dilakukan, ia akan dikeringkan sebelum pelekat dapat dicabut.

Langkah 4.
Langkah terakhir dan proses yang amat sukar untuk membuat frame ini adalah mengecat warna abstak (3D paintaing) di belakang kaca ukiran yang telah dibuat. Teknik mengecat ini menggunakan "reverse painting" atau mengecat secara terbalik. Teknik ini amat sukar kerana cara pembuatannya adalah secara terbalik. Kita hanya akan dapat lihat hasil lukisannya setelah ianya siap dilakukan. Warna- warna yang digunakan lebih daripada 20 warna beserta dengan warna forense.


Definisi Kaligrafi

Kata Kaligrafi ini berasal dari bahasa Yunani yang disederhanakan dalam bahasa Inggris iaitu Calligraphy yang berasal dari dua suku kata bahasa Yunani iaitu Kallos dan Graph yang bererti beauty (indah) dan grapeny: to write (menulis), jadi dapat diertikan dengan tulisan indah, atau seni tulisan indah. Dalam bahasa Arab kaligrafi, kaligrafi ini biasa disebut dengan khath, (الخط، ج خطوط) . Merupakan bentuk masdar dari bahasa Arab yaitu (يخط - خطا خط) yang ertinya الكتبة atau السطر (tulisan atau garis), misalnya خط الشيئ ertinya بقلم أو غيره كتبه (ia menulis atau memberi garis dengan pena atau dengan yang lain)

Manja Mohd Ludin dan Ahmad Suhaimi J. Mohd Nor mengungkapkan pengertian kaligrafi itu suatu coretan atau tulisan yang membawa maksud tulisan yang indah, dalam erti kata tulisan tersebut mempunyai kehalusan dan kesenian. Dengan demikian dapat dikatakan suatu tulisan yang ditulis dengan indah atau suatu kepandaian menulis elok dan boleh juga dikatakan seni tulisan indah. Dalam mengungkapkan pengertian kaligrafi ini bermacam-macam ungkapan yang dikemukakan oleh para tokoh dan pencintanya. Ungkapan tersebut sesuai dengan pengalaman yang dirasakan oleh kaligrafer itu sendiri, sehingga masing-masing kaligrafer itu memiliki corak tersendiri dalam memaknai kaligrafi tersebut.

Jenis- Jenis tulisan Khat

KHAT NASKHI yang terbagi kepada:
  • Khat Naskhi Qadim
  • Khat Naskhi Suhufi
  • KHAT SULUS yang terbagi kepada:
  • Khat Tumar
  • Khat Muhaqqaq
  • Khat Rayhani
  • Khat Tawqi
  • Khat Riqa atau Ruqa
  • Khat Sulusaini
  • Khat Sulus Musalsal
  • Khat Sulus Adi
  • Khat Sulus Jali
  • Khat Sulus Mahbuk
  • Khat Sulus Muta’assir bil Rasm
  • Khat Sulus Mutanazhir
  • Khat Sulus Handasani
  • Khat Diwani yang terbagi kepada:
  • Khat Diwani Adi
  • Khat Diwani Mutarabit
Khat Diwani Jali yang terbagi kepada:
  • Khat Diwani Jaliahbuk
  • Khat Diwani jali Humayuni
  • Khat Diwani Jali Zauraqi
Khat Farisi yang terbagi kepada:
  • Khat Ta’liq atau Khat Farisi Ta’liq
  • Khat Nasta’liq
  • Khat Syikasteh
  • Khat Farisi Mutanazir
  • Khat Farisi Mukhtazal
  • Khat Farisi Mir’at

 

Khat Kufi yang terbagi kepada:

  • Khat Kufi Basit
  • Khat Kufi Musattar
  • Khat Kufi Mutalasiq
  • Khat Kufi Muwarraq
  • Khat Kufi Muzakhraf
  • Khat Kufi Madfur
  • Khat Kufi Muzayyin Nafsah
  • Khat Kufi Muta’assir bil Rasm
  • Khat Kufi Andalusi
  • Khat Kufi Fatimi
  • Khat Kufi Ayubi
  • Khat Kufi Mamluki
  • Khat Riq’ah.
 
 
 

This site best viewed with Mozila Firefox or Microsoft Internet Explorer @ 1024 x 768 screen size.
Copyright © 2007-2008 Kendong A Construction and Enterprise. All right reserved.
Last update : August 2008.